AFC Champions League 23/24: Aksi Ulangan JDT Bersama Ulsan & Kawasaki Frontale Jadi Kenyataan
ACL
AFC
Advertisements

Penantian bagi undian kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berakhir selepas wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi bersama pasukan gergasi ‘ulangan’ tahun lalu.

Undian yang berlangsung di AFC House di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2023 jam 4 petang ini menyaksikan anak didik Tano Solari berdepan tugas berat di Asia.

Juara bertahan Liga Super itu berada dalam balang 3 bersama wakil Singapura, Lion City Sailors, Melbourne City (Australia), Hanoi FC (Vietnam) dan Kaya FC-Iloilo (Filipina).

Advertisements

JDT yang kini merupakan kelab no.1 di ASEAN dan 16 di Asia berdepan laluan mencabar untuk mengulangi pencapaian untuk mara ke pusingan kalah mati tahun lalu.

Nasib Harimau Selatan akhirnya sudah ditentukan apabila mereka diundi bersama Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale sekali lagi dalam Kumpulan l bersama jaguh Thailand, BG Pathum.

Advertisements

Pada ACL musim 2022, JDT melakar kejutan apabila muncul juara Kumpulan G di hadapan kelab Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan Guangzhou FC sekaligus layak ke peringkat 16 terbaik sebelum tewas 0-5 kepada juara AFC Champions League tahun lalu, Urawa Reds.

Kejohanan berprestij ini akan bermula pada September 2023 hingga Mei 2024.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram