AFC Champions League: Urawa Reds Muncul Juara Tewaskan Al-Hilal
ACL
Al-Hilal
Advertisements

Pasukan gergasi J1 League, Urawa Reds secara rasminya dinobatkan selaku juara AFC Champions League (ACL) apabila menewaskan gergasi Al-Hilal.

Anak didik M. Skorza bijak untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi aksi separuh kedua selepas terikat 1-1 di Arab Saudi.

Sungguhpun 30 minit pertama jelas merupakan detik sukar buat Urawa Red Diamonds apabila dipaksa bertahan menerusi asakan bertali arus lawan.

Advertisements

Peluang terbaik Al-Hilal hadir menerusi Abdullah Otayf namun rembatannya ditempis keluar oleh penjaga gol berpengalaman Urawa Reds, Nishikawa.

Pasukan tuan rumah mensia-siakan peluang apabila Shinzo Koroki gagal menolak masuk bola untuk gol pembukaan Urawa Reds.

Bersambung babak kedua, permulaan cukup baik oleh The Reds apabila jaringan sendiri Andre Carrillo meletakkan mereka di hadapan 1-0.

Advertisements

Rentetan peluang disia-siakan oleh jaguh Arab Saudi itu untuk mencari gol penyamaan.

Disiplin yang ditunjukkan oleh barisan pertahanan Urawa Reds untuk menyerap tekanan daripada barisan serangan Al-Hilal telah menafikan kemenangan mereka.

Rembatan bekas penyerang Manchester United, Odion Ighalo terlalu lemah untuk menembusi gawang gol lawan pada babak akhir permainan.

Advertisements

Kemenangan ini menyaksikan Urawa Red Diamonds kembali merampas takhta kejuaraan selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2017 ketika menewaskan lawan yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram