Ikhsan Fandi Jadi Hero Orang China
MakanBola
Singapore FA

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi kini muncul hero buat China layak ke pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pasukan bimbingan Masatada Ishii memerlukan kemenangan besar ke atas Singapura untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga.

Ad

Skuad Gajah Perang tidak mahu bolos untuk memastikan kelebihan perbezaan jaringan dapat membantu pasukan untuk layak.

Ad

Situasi itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila penyerang BG Pathum United itu merobek gawang Thailand pada minit ke-57.

Jaringan itu menyebabkan kedudukan Thailand dan China terikat dengan jumlah mata, jaringan dan bolos yang sama.

Ad

Rekod pertembungan H2H akhirnya memihak China untuk menyertai kelompok 18 pasukan terbaik dengan watak Ikhsan Fandi mendapat pujian warga China.

Ad

Laman sosial pemain berusia 24 tahun itu dibanjiri oleh komen warga China yang menjulangnya seperti seorang wira selepas perlawanan semalam.

Ad

“Semua orang ada hero bola sepak mereka, bagi saya Ikhsan Fandi.

“Pemain Singapura terbaik, salam sayang dari China.

Copy of Untitled Design 37 Ikhsan Fandi Jadi Hero Orang China

“Ikhsan, saya sayang kamu. Kamu ialah hero buat orang China,” ujar Wu Jin Zhi di ruangan komen Ikhsan Fandi.

Thailand dan Singapura masing-masing akan mengharungi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.