Impak Segera 3 Peledak Import Tentukan Nasib Pasukan Ke Asia
Liga Super
Kedah Darul Aman
Advertisements

Perjalanan kelab Liga Malaysia ke Asia bakal ditentukan oleh kecemerlangan tiga pemain import yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini.

Perebutan tempat kedua Liga Super berlangsung rancak tatkala tiga pasukan dilihat berpotensi untuk merebut slot tersebut.

Keadaan ini juga ditentukan oleh kecemerlangan barisan serangan apabila percaturan untuk membawa masuk penyerang baru kelihatan membuahkan hasil.

Advertisements

1.Richmond Boakye

Pemain kelahiran Ghana ini memberi suntikan segera buat jentera serangan Selangor FC.

Advertisements

Kemasukan bekas peledak Juventus ini memberi kelebihan buat The Red Giants yang kini mengukuhkan tempat ke-2 Liga Super.

Setelah mengharungi 7 perlawanan, pemain berusia 32 tahun ini sudah menjaringkan 5 gol termasuklah ketika merekodkan kemenangan besar 11-2 ke atas Kelantan FC.

Advertisements

2.Ifedayo Olesogun

Penyerang Kedah Darul Aman ini pada awalnya menimbulkan keraguan penyokong setelah ketiadaan aksi kompetitif selama beberapa bulan.

Advertisements

Kemasukan beliau membantu skuad Nafuzi Zain untuk terus mengorak langkah mengejar kedudukan Selangor di tempat kedua.

Setakat ini, bekas penyerang Melaka United ini telah meledak 6 gol dalam 6 perlawanan Liga Super.

Pemain berusia 32 tahun ini dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Willian Lira yang berhijrah ke Thailand.

3. Ramon Machado

Penyerang berusia 32 tahun itu dibawa masuk oleh Ong Kim Swee bagi menajamkan jentera serangan Sabah FC.

Pembeliannya ternyata berbaloi selepas bintang Brazil ini meledak 5 gol dan 2 bantuan gol dalam hanya 7 penampilan.

Kecemerlangan Machado ditagih untuk membantu pasukan terutamanya dalam saingan Piala AFC musimnini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram