Impak Segera Akhyar Rashid Bukti Kualiti Pemain Tempatan JDT Di Asia
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemasukan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid membuktikan kesediaan pemain tempatan untuk menggalas tugas di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan bagi menggantikan Oscar Arribas berjaya memberi impak segera kepada skuad Harimau Selatan.

Beliau membentuk gandingan yang cukup berbisa bersama Arif Aiman Hanapi dan jelas mengubah haluan jentera serangan pasukan apabila beliau muncul wira pasukan.

Advertisements

Serangan balas pantas yang direncanakan oleh JDT berjaya mencari Arif Aiman sebelum satu hantaran kepada Akhyar Rashid untuk gol kemenangan pasukan menewaskan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1.

Beliau tenang menyudahkan hantaran cantik itu untuk menewaskan penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon-wo pada minit ke-87.

Jaringan itu menyaksikan JDT berjaya menumbangkan juara Korea itu sekali lagi selepas kali terakhir melakukannya pada musim lalu dengan keputusan yang sama.

Advertisements

Ini juga menghidupkan peluang wakil tunggal Malaysia di Asia ini untuk mara ke pusingan berikutnya sungguhpun masih berada di tangga ketiga kumpulan.

Kemenjadian Akhyar membuktikan bahawa barisan pemain tempatan di JDT menerima latihan berintensiti tinggi dan bersedia sepenuhnya untuk tampil cemerlang di Asia.

Harimau Selatan juga membuktikan kaliber setiap pemain tempatan dengan kudrat pemjaga gol utama, Syihan Hazmi mengemudi gawang gol dibantu kecemerlangan Matthew Davies, Afiq Fazail dan Hong Wan memberi kejayaan manis buat pasukan.

Advertisements

Perjuangan JDT masih menyala dengan baki dua aksi berdepan BG Pathum di laman sendiri dan juga Kawasaki Frontale masih menanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram