ACL: JDT Aibkan Gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) berakhir dengan kemenangan bergaya dicatat skuad Harimau Selatan.

JDT bermula garang melancarkan serangan seawal minit kesepuluh permainan menerusi Fernando Forestieri. Sayangnya percubaan kencang Forestieri tersebut terkena tiang.

Tidak lama selepas itu, peluang terhidang hadir buat penjaring terbanyak JDT iaitu Bergson da Silva. Percubaan Bergson bagaimanapun terkenang palang.

Advertisements

Heberty Fernandes akhirnya memecah kebuntuan perlawanan untuk gol pertama Harimau Selatan. Percubaan deras daripada luar kotak penalti Heberty cantik menerjah jaring dan gagal diselamatkan penjaga gol Ulsan, Jo Hyeon-woo.

Separuh masa pertama tamat, JDT 1-0 Ulsan Hyundai.

Advertisements

Babak separuh masa kedua bermula dengan tiada pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan.

Tiang sekali lagi menjadi penghalang buat JDT meraih jaringan tambahan apabila kali ini, sepakan percuma yang diambil Heberty Fernandes terkena tiang.

Advertisements

Pada minit ke-67 permainan, gawang JDT dibolosi Ulsan Hyundai selepas pemain tengah Ulsan, Ataru Esaka menghidu peluang dihadapan jaring. Terpaan Esaka tidak sempat dihalang penjaga gol JDT, Syihan Hazmi sekaligus memastikan jaringan penyamaan terhasil.

Kemasukan Akhyar Rashid membuahkan hasil apabila beliau muncul wira JDT meledak jaringan kemenangan buat skuad Harimau Selatan. Gerakan tersusun yang bermula dari Syihan, Matt Davies, Arif Aiman dan seterusnya disempurnakan Akhyar memastikan tiga mata penuh diraih JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Aksi tamat, JDT 2-1 Ulsan Hyundai.

@fariszukeiman

Jaringan Akhyar Rashid pastikan Ulsan Hyundai tumbang kepada JDT. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #JDT #AkhyarRashid #Johor #johordarultakzim #jdtvsulsanhyundai #ACL

♬ DJ MALAM PAGI VIRAL TIKTOK TERBARU – Andre Work

Dalam saingan Kumpulan I ketika ini, JDT berada di tangga ketiga selepas berkongsi mata dengan Ulsan Hyundai namun dibezakan dengan kelebihan jaringan. Kawasaki Frontale mengungguli kedudukan pertama dengan 12 mata selepas menang dalam kesemua empat perlawanan.

Aksi seterusnya menyaksikan JDT bakal berdepan cabaran Kawasaki Frontale di laman lawan pada Selasa, 28 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram