Import JDT Terajui Gelaran Penjaring Terbanyak Liga Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Rodriguez kini mengungguli carta penjaring Liga Super & Liga Premier.

Bergson yang dianggap mesin gol JDT muncul antara penyerang antarabangsa yang terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat Harimau Selatan. Beliau juga merupakan pendahulu penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol.

Selain itu, ada tiga pemain yang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Premier setakat pusingan LP13 dengan masing-masing mencetak 8 gol, antaranya penyerang JDT, Fernando Rodriguez.

Advertisements

Dalam saingan Liga Super, Bergson kini semakin dirapati penyerang import dari Selangor, Herlison Caion yang kini sudah meledak 11 gol manakala dalam saingan Liga Premier Fernando sedang bersaing dengan dua lagi pemain daripada pasukan Kuching City FC dan PDRM FC.

Berdasarkan prestasi musim ini, kedua-dua penyerang tersebut telah mempamerkan aksi yang cukup ampuh di hadapan gawang gol lawan.

Bukan itu sahaja, mereka dijangka akan terus menyumbat gol buat JDT dan ketajaman mereka akan terus menghantui barisan pertahanan pasukan lawan yang pastinya akan cuba sehabis baik untuk merantai pergerakan setiap pemain JDT.  

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram