“Indahnya Bahasa Untuk Perpaduan”, Sanusi Tembak Balik TMJ
Liga Super
Kedah FA
Advertisements

Jangkaan bahawa perang media sosial antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan sedikit reda selepas pertembungan kedua-dua pasukan baru-baru ini, ternyata meleset.

Sanusi dalam posting terbaru di media sosial beliau, memberi reaksi balas terhadap permintaan Tunku Ismail kepada pemilik KDAFC Tan Sri Daud Bakar supaya menasihatinya untuk menjaga sikap dan imej sebagai Menteri Besar.

Tunku Ismail juga meminta supaya Sanusi cukup-cukuplah melagakan penyokong Kedah dan JDT, serta berhenti berkelakuan seperti seorang badut.

Advertisements

Bagaimanapun bahasa yang digunakan oleh Tunku Ismail untuk memberi teguran itu, mengambil kira baginda adalah seorang anak raja, ternyata’menarik perhatian’ dan ‘mengujakan’ Sanusi.

“WOW!!! WOW!!! Bahasa terindah untuk perpaduan, untuk Melayu Islam kita pulak tuu… inilah contoh teladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bolasepak untuk pemujanya dan sekelian yang berjiwa mentimun …. Semua salah ada pada orang lain, dia semua betul… Panaih Takpa Jangan Koyak!!!,” tulis Sanusi.

Selasa lalu selepas Kedah tunduk 1-3 kepada barisan 10 pemain JDT, Sanusi mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Hector Bidoglio itu sambil secara sinisnya menyatakan “lepas off-side dan dapat penalti dalam bolasepak memang ada jual di kedai tepi jalan di Kelana Jaya”.

Advertisements

Kenyataan tersebut dilihat merujuk kepada gol pertama JDT dalam perlawanan itu pada minit ke-37 yang mana Bergson da Silva kelihatan seperti berada dalam keadaan offsaid sebelum melakukan jaringan, selain penalti kontroversi yang dihadiahkan pengadil atas dakwaan kekasaran ke atas Syafiq Ahmad pada minit ke-60.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram