Sanusi: Offside & Penalti Ada Jual Di Tepi Jalan
Dunia
MALAYSIA DATELINE
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemain dan penyokong yang tidak putus memberikan sokongan kepada pasukan Kedah.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDAFC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDAFC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.”

Advertisements

“Lepas off-side dan dapat penalti dalam bolasepak memang ada jual di kedai tepi jalan di Kelana Jaya,” jelas Sanusi di Facebook.

Dalam perlawanan tertunda minggu ke-10 Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman dan JDT, Kedah selaku tuan rumah tewas 1-3 kepada pasukan pelawat sekaligus JDT mengekalkan status tanpa kalahnya dalam saingan liga musim ini.

Walaupun JDT beraksi 10 orang selepas Bergson dilayangkan kad merah, JDT tetap mampu mencatatkan kemenangan bergaya di Stadium Darul Aman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram