Indonesia Ajak Thailand Berentap
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Sumardji mendedahkan Indonesia cuba mengatur aksi pemanas badan menentang Thailand.

Perkara ini didedahkan beliau apabila ditemubual portal sukan Indonesia, Bolasport hari ini.

Sebelum turun untuk dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan, Tim Garuda inginkan satu aksi pemanas badan bagi membantu persiapan mereka.

Advertisements

Pada akhirnya, pasukan ke-119 dunia, Tanzania dipilih sebagai lawan aksi persahabatan yang bakal diadakan pada 2 Jun ini.

Walau bagaimanapun, sebelum Taifa Stars dipilih sebagai lawan Indonesia, PSSI telah menghantar surat jemputan aksi persahabatan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Sumardji tidak mendedahkan bila surat tersebut dihantar.

Advertisements

“Kami sudah kirimkan surat ke Thailand (untuk jemputan aksi persahabatan),” katanya. Selain Thailand, New Zealand dan India pernah mengajak Indonesia untuk aksi persahabatan tetapi ditolak PSSI.

Bila ditanya mengapa Indonesia tidak memilih New Zealand dan India sebagai lawan pemanas badan, Sumardji menyifatkan itu hak PSSI memilih siapa lawan yang sesuai buat anak buah Shin Tae-yong itu.

Advertisements

“PSSI yang carikan lawan untuk skuad kebangsaan Indonesia,” ujarnya.

Sebelum ini, PSSI turut menyatakan keinginan untuk menentang negara jiran, Malaysia dalam satu aksi persahabatan. Perkara ini didedahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Advertisements

Indonesia bakal menentang Iraq pada 6 Jun sebelum disusuli dengan perlawanan menentang Filipina pada 11 Jun. Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram