Advertising
Indonesia Atur Aksi Pemanas Badan Menentang Tanzania
MakanBola
PSSI
Sponsors

Indonesia melakukan persiapan awal sebelum dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menerusi aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan ke-119 dunia, Tanzania.

Pengumuman ini dibuat Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi platform media sosial Timnas Indonesia semalam.

Ad

Perlawanan ini dilihat medan persiapan terbaik buat anak buah Shin Tae-yong sebelum turun menentang Iraq pada 6 Jun dan Filipina pada 11 Jun.

Ad

Menariknya, kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Siliwangi, Bandung pada tahun 1997.

Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 3-1 Tim Garuda ke atas Taifa Stars. Legenda Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto menyumbat dua gol dengan satu lagi gol disumbangkan oleh Fakhri Husaini.

Ad

Meskipun pasukan itu dibimbing oleh pengendali interim, Hemed Morocco, Tanzania bakal menjanjikan ujian sukar buat Indonesia.

Ad

Ini kerana ayam tambatan pasukan itu, Mbwana Samatta pernah beraksi untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa. Penyerang berusia 31 tahun itu kini beraksi untuk kelab Greece, PAOK.

Ad

Selain Samatta, Tanzania turut diperkuat beberapa pemain yang beraksi di luar negara seperti Novatus Miroshi (Shakhtar Donetsk) dan Morice Abraham (Spartak Subotica).

Tim Garuda dan Taifa Stars bakal berentap di Stadium Madya, Jakarta pada 2 Jun ini.