Indonesia & Arab Saudi ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Tiga pasukan termasuk Indonesia dan Arab Saudi difahamkan bakal menjadi lawan kepada skuad muda Malaysia menjelang sepak mula Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ini menentang China B-23 dan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

Ad
Sponsors

Malaysia melakukan perubahan jurulatih selepas bekas pengendali, E. Elavarasan tidak lagi mengemudi pasukan.

Ad

Persiapan menjelang aksi di Qatar berlangsung rancak apabila difahamkan skuad muda negara bakal ke Indonesia untuk mengharungi beberapa siri aksi pemanas badan pada 18-26 Mac 2024.

Menerusi perkongsian oleh laman HarimauMyStats, skuad muda Malaysia akan bertemu tiga negara iaitu Indonesia, Arab Saudi dan Tajikistan bagi aksi pemanas badan yang dijadualkan berlangsung di Indonesia.

Ad

Malaysia diundi dalam Kumpulan D dan bakal berdepan Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait yang memiliki reputasi yang cukup baik.

Ad

Sementara itu, skuad muda Garuda tidak kurang hebatnya apabila akan berdepan Australia, Qatar dan Jordan dalam Kumpulan A.

Ad

Aksi Piala Asia B-23 akan bermula pada 15 April 2024 hingga 3 Mei 2024 di Qatar dengan Harimau Muda akan membuka tirai berdepan Uzbekistan pada 17 April 2024.