Indonesia Bawa 3 Pemain Warisan Kekang Malaysia B-19
MakanBola
Timnas Indonesia

Indonesia memanggil tiga pemain warisan untuk kempen kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2027 di Vientiane, Laos.

CNN Indonesia melaporkan tiga pemain yang dipanggil Nova Arianto untuk skuad ini ialah Welber Jardim, Amar Brkic dan Eizar Jacob.

Welber ialah anak kepada bekas pemain import Persekaba Badung dan Persiba Balikpapan, Elisangelo Jardim de Jesus. Ibunya ialah Lielyana Halim, seorang wanita Indonesia yang berasal dari Banjarmasin.

Welber kini beraksi untuk skuad Sao Paulo B-20. Brkic pula ialah pemain sayap berdarah Bosnia, Jerman dan Indonesia serta pernah beraksi untuk SV Darmstadt 98 B-19.

Eizar pula merupakan pemain tengah berdarah Australia-Indonesia. Pemain berusia 16 tahun itu ketika ini mewakili Sydney FC II.

Nova berharap kehadiran tiga pemain ini dapat membantu Indonesia meraih tiket kelayakan ke Piala Asia B-20 2027. Indonesia bakal membuka kempen kelayakan Kumpulan H dengan menentang Malaysia pada 31 Ogos ini.

Indonesia berharap dapat layak ke Piala Asia B-20 buat kali ke-21. Ini termasuk layak secara berturut-turut seperti yang dilakukan pada edisi 2023 dan 2025.