Ads
Indonesia Buat ‘Kelas Tambahan’ Berdepan Malaysia
Asia Tenggara
Timnas Indonesia

Bagi mempersiapkan pasukan sebelum turun bertemu Malaysia, skuad B-19 tahun Indonesia mengadakan satu sesi tambahan bagi memperkuat mental para pemain.

Advertisements

Malaysia dan Indonesia akan berentap di pentas separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo hari ini.

Advertisements

Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Timnas Indonesia, skuad kendalian Indra Sjafri berada dalam satu sesi bersama psikologis, Afif Kurniawan.

Advertisements
Advertisements

Kelas psikologi ini sudah semestinya untuk mempersiapkan mental para pemain serta memupuk semangat bermain sebagai sebuah pasukan.

“Persiapkan minda kita untuk menang, maka anda akan terbiasa dengan pemikiran untuk menang.”

Advertisements

“Setiap pemain harus menulis apa yang mereka mahu lakukan dalam kejohanan kali ini. Kalian berpandangan sesama sendiri dan menyebut matlamat dan tujuan yang sama untuk menjadi juara.”

“Paling penting ialah kita bekerjasama untuk menjayakan semua ini,” ujar Afif Kurniawan, psikologis skuad kebangsaan Indonesia.

Advertisements

Dalam sidang media pra-perlawanan, pengendali skuad muda Malaysia, Juan Torres menganggap skuad Indonesia sebagai sebuah lawan yang kuat. Beliau yakin anak buahnya akan menyajikan aksi terbaik berdepan Indonesia.

Malaysia bakal berentap menentang Indonesia pada malam ini di Stadium Geloro Bung Tomo, Surabaya Indonesia. Aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 ini dijaduakan berlangsung tepat jam 8.30 malam waktu Malaysia.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram