Ads
“Australia & Indonesia Sudah Kuat, Bukan Seperti Dulu”
Asia Tenggara
Timnas Indonesia / Football Australia

Pengurus pasukan Malaysia B-19, Mohd Joehari Mohd Ayub menganggap skuad muda Australia dan Indonesia sekarang ini tidak sama seperti dulu.

Advertisements

Beliau tidak mahu pemain muda Malaysia memandang rendah kemampuan pasukan lain biarpun membawa gelaran sebagai juara bertahan bagi Kejuaraan Asean B-19.

Advertisements

Joehari berkata sedemikian ketika sidang media pra-perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada esok di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.

Advertisements
Advertisements

“Ya memang itu target kita iaitu untuk mengekalkan gelaran juara. Tapi kita harus sedar dan tahu bahawa Australia dan Indonesia sekarang sudah kuat, bukan seperti dulu,” ujar Joehari.

Pengendali Malaysia, Juan Torres pula percaya dengan kemampuan serta komitmen yang diberikan oleh anak buahnya. Biarpun Indonesia tampil dengan kelebihan sebagai tuan rumah namun itu tidak boleh menjadi alasan buat Malaysia mempamerkan aksi longlai ketika berdepan Indonesia pada esok.

Advertisements

“Indonesia memiliki extra 24 jam untuk masa rehat dan itu merupakan keuntungan besar buat mereka (Indonesia). Tapi inilah pertandingan, kami harus menyesuaikan diri dalam apa jua kondisi.”

“Malaysia akan berwaspada dengan ancaman setiap pemain Indonesia kerana Indonesia memiliki skuad yang sangat bagus dan persiapan yang baik. Malaysia akan menentang lawan yang bagus pada esok,” ujar Juan Torres seperti yang dipetik daripada CNN Indonesia.

Advertisements

Skuad kendalian Juan Torres Garrido bakal berentap menentang skuad kendalian Indra Sjafri dalam misi perebutan slot ke pentas final selepas kedua-dua pasukan ini menjadi juara dalam kempen peringkat kumpulan. Malaysia akan berdepan Indonesia pada esok tepat jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram