Advertisement
Indonesia Buat ‘Pusingan-U’, Malaysia Belum Ada Kata Putus
Asia Tenggara
MakanBola
TimnasIndonesia/FAM

Indonesia dilihat bakal membuat pusingan-u sementara Malaysia belum ada kata putus berkenaan skuad yang bakal dipertaruhkan pada aksi ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.

Pasukan bimbingan Shin Tae-yong pada awalnya mahu mempertaruhkan semua pemain B-22 Sang Garuda dengan nama-nama seperti Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam dan juga Marselino Ferdinan.

Khabar terbaru dari Sang Garuda daripada pembantu Shin Tae-yong iaitu Nova Arianto yang memberitahu bahawa terdapat pertimbangan untuk membawa pemain luar negara lain.

Antara muka yang dikatakan ialah Justin Hubner, Rafael Stuick dan juga Ivar Jenner namun semuanya tergantung kepada kelab untuk melepaskan atau tidak.

“Ada beberapa pemain di luar yang kita panggil seperti Justin, Ivar, dan Rafael. Kita lihat situasi diizinkan kelabnya atau tidak,” kata Nova Arianto.

Harimau Malaya pula masih belum dipastikan kedudukannya untuk menghantar skuad utama atau campuran pemain muda dan senior.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memaklumkan bahawa beliau sedang meneliti barisan pemain yang berpotensi untuk dibawa ke AMEC 2024.

“Ya, skuad kita tidak lama lagi akan ditentukan. Saya sedang mengesahkan kalendar bagi semua kejohanan kelab di sini.

“Kami juga bersedia dengan sebarang kemungkinan dan selepas semuanya bersedia, saya akan maklumkan,” jelas Pau Marti.

Malaysia akan membuka tirai aksi menentang Kemboja pada 8 Disember 2024 di Stadium Olimpik, Phnom Penh.