Penyerang berbisa Vietnam, Nguyễn Tiến Linh memberikan penghargaan tertinggi kepada Timnas Indonesia.
Skuad bimbingan Shin Tae-yong beraksi cemerlang pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menndukkan Arab Saudi.
Perjuangan Timnas Indonesia bakal diteruskan pada aksi Asean Mitshubishi Electric Cup 2024 (AMEC) pada bulan Disember ini.
Kekuatan skuad semasa Indonesia telah mencuri perhatian pemain Vietnam yang melihat kemajuan dalam skuad semasa Sang Garuda.
“Kita tahu bahawa Indonesia ketika ini merupakan salah satu pasukan terkuat di Asia Tenggara. Sejak kebelakangan ini, mereka (Indonesia) memiliki ramai pemain warisan berkualiti.
“Ini dibuktikan apabila mereka bersaing sengit pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mampu menewaskan Arab Saudi.
Penyerang berusia 27 tahun itu optimis untuk memastikan pasukannya dapat kembali menemui rentak sebenar setelah jatuh ke tangga 119 dunia.
“Kami (Vietnam) juga mahu membuktikan sesuatu pada pentas AMEC nanti. Kita yakin untuk kembali ke landasan sebenar tetapi Indonesia semenangnya salah satu calon juara,” katanya.
Indonesia kini merupakan pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara dan menghuni kedudukan ke-125 dunia setelah menewaskan anak didik Herve Renard.
Indonesia dan Vietnam diundi dalam satu kumpulan dengan kedua-duanya bakal bertemu pada 15 Disember jam 9 malam.