Indonesia Dalam Posisi Terbaik Pintas Filipina & Malaysia
Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Filipina dan Malaysia sekiranya mencatatkan keputusan positif di aksi Piala Asia 2023.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong mengharungi tempoh yang agak mencabar selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Sang Garuda merekodkan keputusan seri 1-1 berdepan Filipina namun sudah pun tewas besar dengan keputusan 5-1 pada aksi pembukaan kepada Iraq.

Advertisements

Indonesia ketika ini menghuni tangga ke-146 dunia dengan 1064 mata dan hanya dipisahkan hanya 22 mata (1086 mata) dengan pasukan tangga ke-140 dunia iaitu Filipina.

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menzahirkan keyakinan bahawa skuad kendaliannya mampu melakukan kejutan untuk mara ke pusingan kalau mati Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Malaysia pula berada pada kedudukan ke-130 dunia dengan 1123 mata selaku pasukan ke-3 Asia Tenggara di belakang Vietnam dan Thailand namun kedudukan tersebut bergantung pads aksi di pentas tertinggi Asia tahun hadapan.

Advertisements

Indonesia diundi dalam Kumpulan D berdepan Jepun, Iraq dan juga Vietnam dengan aksi permulaan berdepan Iraq bakal berlangsung pada 15 Januari 2024 jam 10:30 malam.

Harimau Malaya pula mengukuhkan kedudukan untuk memasuki kelompok 120 terbaik dunia sekaligus menyaksikan peluang bergelar pasukan terbaik Asia Tenggara masih menyala.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram