Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Indonesia memberikan pengajaran berguna kepads Malaysia terutamanya apabila berjaya menundukkan jaguh Asia, Korea selatan semalam.

Perlawanan AFC U-23 Asian Cup itu menyaksikan anak didik Shin Tae-yong melakar kejutan apabila mengheret aksi ke peringkat penentuan penalti sebelum kemenangan menjadi milik Sang Garuda.

Statistik membuktikan segala cerita indah yang menyelebungi kejayaan Indonesia apabila mereka jelas mendominasi lawan yang juga merupakan pemenang edisi tahun 2020.

Advertisements

Berdasarkan statistik perlawanan semalam oleh AFC, Indonesia berjaya melancarkan 21 percubaan dengan 5 daripadanya tepat ke sasaran sementara lawan hanya merekodkan dua percubaan tepat sepanjang 120 minit.

Sang Garuda menguasai 53 peratus perlawanan dan hanya mengutip dua kad kuning dengan Taeguk Warriors dihukum dengan tiga kad kuning dan satu layangan kad merah.

Advertisements

Kejayaan wakil Asia Tenggara ini seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada Malaysia yang terpaksa menelan hakikat apabila terkandas pada peringkat kumpulan.

Sebelum ini, Indonesia juga berjaya mengalahkan Jordan dan Australia pada peringkat kumpulan sebelum mengejutkan Korea Selatan.

Advertisements
Indonesia Malaysia 4 Indonesia Dominasi Perlawanan Tewaskan Korea, Malaysia Wajar Contohi Jiran
AFC Asian Cup

Malaysia B-23 pula tewas kepada Uzbekistan, Vietnam selain mengalami kejutan kepada pasukan bukan pilihan iaitu Kuwait.

Kemaraan Indonesia membolehkan memperoleh tiket ke Olimpik dengan tiga pasukan teratas bakal memperoleh slot secara automatik.

Advertisements

Pasukan keempat perlu mengharungi aksi play-off berdepan pasukan dari Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) untuk layak ke Olimpik, Paris tahun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram