AFC U-23 Asian Cup: Magis Shin Tae-yong Bantu Indonesia Singkirkan Korea Selatan
Asia
Korea FA
Advertisements

Perjalanan indah Indonesia dalam kempen AFC U-23 Asian Cup bakal diteruskan lagi setelah mengejutkan Korea Selatan dalam aksi suku akhir yang penuh mendebarkan.

Indonesia mengharungi kempen yang menakjubkan sepanjang penampilan pertama dalam kejohanan ini apabila mencipta sejarah mara ke pusingan suku akhir selaku naib juara kumpulan A.

Bagi merealisasikan impian mara ke separuh akhir, Shin Tae-yong membariskan kesebelasan utama terbaik yang diketuai oleh pertahanan kental, Rizky Ridho bagi berdepan cabaran getir dari pasukan negara kelahirannya.

Advertisements

Korea Selatan pula turun sebagai pasukan pilihan turut menampilkan barisan terbaik bagi mengelakkan sebarang kejutan yang mampu dilakar oleh skuad Garuda muda pada aksi kali ini.

Ketika permainan memasuki minit ke-15, Indonesia terlebih dahulu di hadapan menerusi rembatan jarak jauh Rafael Struick dari luar kotak penalti yang melepasi jangkauan penjaga gol Korea Selatan, Baek Jong-beom.

Pahlawan Taeguk yang tersentak terus melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Indonesia dan akhirnya, jaringan penyamaan terhasil menerusi gol sendiri Komang Teguh pada minit ke-45.

Advertisements

Belum sempat Korea Selatan bertenang, Rafael Struick sekali lagi menjadi wira dengan meletakkan Indonesia kembali mendahului apabila dengan tenang menyudahkan hantaran jauh dari Ivan Jenner.

Separuh masa pertama berakhir dengan Korea Selatan ketinggalan 1-2 kepada Indonesia.

Bersambung babak kedua, Shin Tae-yong melakukan pertukaran dengan memasukkan Muhammad Ferrari dan Fajar Fathur Rahman bagi memperkemas benteng pertahanan Sang Garuda.

Advertisements

Malang menimpa Korea Selatan apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain setelah pemain gantian, Lee Young-Jun dilayangkan kad merah pada minit ke-70 setelah memijak kaki Justin Hubner.

Korea Selatan yang terdesak terus merangka strategi bagi mencari jalan membolosi gawang Indonesia yang dikawal rapi oleh penjaga gol, Ernando Ari sepanjang permainan.

Enam minit sebelum tamat permainan, gol penyamaan yang dicari-cari oleh Korea Selatan akhirnya tiba menerusi serangan balas pantas yang disudahkan oleh Jeong Sang-bin.

Advertisements

Masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan oleh pengadil tidak mengubah sebarang keputusan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sekaligus mengheret permainan ke aksi tambahan masa 30 minit.

Tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang 30 minit tambahan masa dan permainan akan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti pula bagi menentukan pemenang dalam perlawanan ini.

Keputusan sepakan penalti menyaksikan Indonesia muncul pemenang setelah dua tendangan pemain Korea Selatan berjaya diselamatkan penjaga gol, Ernando Ari

Perlawanan di Stadium Abdullah Bin Khalifa tamat dengan keputusan sepakan penalti 11-10 memihak jaguh Asia Tenggara tersebut setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat 120 minit permainan.

Kemenangan penuh dramatik ini bakal membawa Indonesia ke separuh akhir dan menentang pemenang di antara Uzbekistan atau Arab Saudi yang bakal bertemu dalam satu lagi aksi suku akhir pada Jumaat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram