Ads
Piala Dunia
Timnas Indonesia

Indonesia hampa apabila tidak dapat layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 2023.

Advertisements

ASEAN Football melaporkan Garuda Muda gagal melakukannya apabila mereka terkeluar daripada kelompok empat pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Advertisements

Biarpun memiliki kelebihan dua mata semalam, Indonesia perlu berharap Mexico dan Korea Selatan tidak mengutip sebarang mata.

Advertisements

Advertisements

Malangnya, itu tidak berlaku dengan El Tri membelasah New Zealand 4-0. Kejayaan itu juga membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara Kumpulan F.

Tempat Mexico digantikan dengan Venezuela tetapi pasukan Amerika Latin itu tetap layak ke pusingan seterusnya. Ini kerana mereka memiliki empat mata, lebih daripada mencukupi untuk mengatasi Indonesia.

Advertisements

Bagi jurulatih Garuda Muda, Bima Sakti, biarpun tersingkir, pengalaman beraksi dalam kejohanan sebegini sebagai tuan rumah merupakan pengalaman berharga buat anak-anak buahnya.

Malah, beliau percaya ini akan membantu bola sepak Indonesia untuk maju ke hadapan dalam jangka masa panjang.

“Ini kali pertama kita beraksi dalam kejohanan sebesar ini. Ini satu perkara yang penting buat bola sepak Indonesia.

“Kita bersaing dengan tiga negara yang telah beraksi dalam Piala Dunia di peringkat senior selain beraksi dalam Piala Dunia di peringkat remaja.

“Saya harap kita boleh gunakan pengalaman ini untuk jadi lebih bagus. Ideanya ialah untuk bola sepak di Indonesia untuk maju bersama-sama,” katanya kepada FIFA.com.

Advertisements

Pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 bakal bermula pada 20 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram