Piala Dunia U17: Mexico Tepati Ramalan Belasah New Zealand
Piala Dunia
Mexico
Advertisements

Mexico mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 selepas mengatasi cabaran New Zealand di Stadium Jalak Harupat, Bandung.

New Zealand tahu sekiranya mereka menang hari ini, mereka boleh memintas Indonesia untuk slot terakhir empat pasukan ketiga terbaik.

Ini kerana El Tri memiliki kelebihan gol yang jauh lebih baik daripada skuad Garuda Muda.

Advertisements

Bagaimanapun, perlawanan hari ini terpaksa ditangguhkan seketika susulan cuaca buruk sekitar Bandung seperti dilaporkan ramai pengguna media sosial.

Penangguhan ini langsung tidak menjejaskan semangat Mexico yang merupakan naib juara Piala Dunia B-17 edisi 2019.

Advertisements

Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-42 untuk membuka tirai jaringan menerusi Fidel Barajas. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, El Tri mula mengganas. Adrian Fernandez menggandakan kelebihan Mexico pada minit ke-47.

Advertisements

Tujuh minit kemudian, penyerang utama mereka Stephano Carillo menembusi gawang Matt Foord untuk gol ketiga El Tri.

Carillo menyumbat gol ketiganya dalam kejohanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67. Keputusan 4-0 ini kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini sudah cukup untuk melayakkan Mexico ke pusingan seterusnya. Ini sekaligus turut menamatkan cita-cita Indonesia untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sofascore memilih beliau sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.2 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram