Advertisement
Indonesia Hampiri Kedudukan Malaysia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Pasukan kebangsaan Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila menunjukkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA ketika ini.

Skuad Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong terus berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Turkmenistan dalam satu aksi persahabatan FIFA September ini.

Kemenangan itu menyaksikan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-150 dunia telah mencatatkan peningkatan kedudukan ranking FIFA.

Indonesia berhasil memungut tambahan +5.41 mata sekaligus mengumpul 1052.87 mata setakat ini.

Kemas kini kedudukan masa-nyata FIFA menyaksikan Sang Garuda melonjak 4 anak tangga ke tangga 146 dunia selepas pasukan seperti Botswana (-3.43 mata) selain keputusan seri Hong Kong berdepan Kemboja membenarkan Indonesia memintas.

Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada di tangga ke-136 dunia selepas dua keputusan seri berdepan Syria dan China.

Negara Asean lain seperti Vietnam naik satu anak tangga (ke-94 dunia), Thailand (ke-112 dunia) dan Filipina naik tiga tangga ke-132 dunia.

Kemajuan kedua-dua pasukan menunjukkan perkembangan yang cukup positif menjelang sepak mula Piala Asia di Qatar tahun hadapan.