Indonesia Hantar Skuad B-22 Ke Piala AFF
MakanBola
PSSI
Sponsors

Indonesia bakal menghantar skuad bawah 22 tahun untuk menghadapi saingan Piala AFF hujung tahun nanti.

Sang Garuda yang diundi di dalam kumpulan B bakal berhadapan Myanmar, Laos, Vietnam dan juga Filipina dengan format tuan rumah dan pelawat secara bergilir.

Ad

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengesahkan akan menghantar skuad muda ke kejohanan tersebut setelah berbincang bersama ketua jurulatih, Shin Tae-yong.

Ad

Ini disebabkan oleh tempoh masa di antara Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala AFF yang terlalu hampir meskipun jadual kejohanan Asia Tenggara itu telah dianjak ke awal Disember.

“Seronok dapat bertemu Shin Tae-yong semula yang sudah sihat, dan siap kembali bekerja,” kata Erick Thohir menurut Goal Indonesia.

Ad

“Kami juga mula membincangkan mengenai persiapan ke Piala AFF dan Sukan SEA dengan mempersiapkan skuad bawah 22 tahun. Bismillah skuad kebangsaan dapat memberikan aksi yang terbaik.”

Ad

Indonesia bakal memulakan saingan Piala AFF menentang Myanmar di gelanggang lawan pada 10 Disember sebelum menerima kunjungan Laos di Jakarta pada 13 Disember.

Ad

Aksi ketiga akan menyaksikan Sang Garuda serta Vietnam bakal membuat perhitungan di Hanoi pada 16 Disember dan perlawanan terakhir kumpulan Indonesia menanti kunjungan Filipina.