Ads
Reaksi Kim Pan-gon Selepas Diundi Bertemu Thailand Di Piala AFF
Harimau Malaya
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuka mulut selepas Malaysia diundi sekali lagi menentang Thailand di Piala AFF 2024.

Advertisements

Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan juga satu pasukan sama ada Timor Leste atau Brunei.

Advertisements

Undian Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang berlangsung pada Mei lalu menyaksikan pengendali kelahiran Korea Selatan itu bakal menghadapi lawan sama seperti pada edisi sebelumnya.

Advertisements
Advertisements

Jurulatih berusia 55 tahun yang cemerlang membantu cabaran negara pada aksi Piala Asia 2023 dan juga Kelayakan Piala Dunia 2026 optimis untuk memastikan aksi terbaik dari Malaysia.

“Undian yang sangat menarik. Kita (Malaysia) diundi bertemu Thailand (Juara AFF 2022), satu lagi cabaran ialah Singapura iaitu jiran kita.

Advertisements

“Kita juga akan menentang Kemboja dan satu lagi pasukan daripada pusingan kelayakan.

Pan-gon juga mahu mencuba membawa barisan pemain terbaik untuk memastikan cabaran negara berjalan lancar.

“Kita akan cuba dapatkan pemain terbaik untuk kejohanan Piala AFF kali ini,” jelasnya kepada FA Malaysia.

Malaysia juga difahamkan perlu bersedia tanpa beberapa pemain tunjang daripada JDT dan Selangor susulan pertembungan dengan jadual aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan ACL2.

Advertisements

Piala AFF 2024 akan bermula pada 23 November 2024 dengan final bakal berlangsung pada 17 dan 21 Disember 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram