Pemain JDT & Selangor Terhalang Bantu Malaysia Di Piala AFF 2024?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berisiko terhalang untuk membantu negara menghadapi Piala AFF 2024 atau dikenali sebagai Asean Mitshubishi Electric Cup 2024.

Perkembangan ini sekaligus menyaksikan barisan pemain lain bakal dipertaruhkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menghadapi pasukan rantau Asia Tenggara.

Menerusi satu makluman oleh Asean Football, Asean Mitshubishi Electric Cup 2024 dijangka akan bertembung dengan kejohanan kelab di Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan juga Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Advertisements

Malaysia memiliki dua wakil dengan JDT bakal beraksi di ACLE sementara Selangor pula bertarung di ACL2 selepas mengesahkan tempat selaku naib juara Liga Super 2023.

ACLE dijangka akan berlangsung bermula 25 November dan perlawanan turur diadakan pada awal Disember memungkinkan pemain Harimau Selatan tidak akan memperkuat pasukan kebangsaan.

Asean Mitsubishi Electric Cup 2024 pula dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 21 Disember 2024 sekaligus menghalang pasukan kebangsaan untuk membawa barisan terbaik tatkala kejohanan ini berada di luar kalendar FIFA.

Advertisements

Thailand memegang status sebagai juara bertahan selepas berjaya mempertahankan Piala ASEAN sejak edisi 2020. Undian kejohanan bakal diadakan di Hanoi, Vietnam pada 21 Mei ini.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 namun tewas kepada Thailand dengan keputusan 3-1 secara agregat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram