10 Pasukan Bakal Hangatkan Saingan Asean Mitsubishi Cup 2024
Asia Tenggara
AFF
Advertisements

Piala AFF atau nama rasmi sebelumnya iaitu AFF Mitsubishi Electric Cup kini dikenali sebagai sebagai ASEAN Mitsubishi Electric Cup.

Pengumuman ini dibuat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Selain penjenamaan semula kepada nama Piala ASEAN, logo Piala ASEAN turut diberi nafas baru. Logo untuk edisi 2024 mengetengahkan tiga elemen grafik utama iaitu trofi ASEAN Mitsubishi Electric Cup, jalinan Perpaduan AFF yang baru dan nama kejohanan.

Advertisements

Kesemua tiga elemen grafik ini diletakkan dalam bentuk perisai. Sementara jalinan Perpaduan AFF pula dibentuk mengikut bentuk padi yang bukan saja menjadi makanan ruji penduduk Asia Tenggara.

Malah, ia juga ikon utama untuk logo Pertubuhan Negara Asia Tenggara atau ASEAN. Manakala lima warna yang digunakan untuk reka bentuk logo mewakili perpaduan 12 negara anggota AFF.

Kunihiko Seki, Eksekutif Korporat dan Ketua Perwakilan Rantau Asia Pasifik Mitsubishi Electric Corporation gembira untuk terus menyokong aspirasi kejohanan berprestij itu.

Advertisements

“Sebagai penaja utama sejak dua tahun lalu, kami gembira dapat memainkan peranan utama dalam Piala ASEAN. Kami telah melihat ketabahan pemain, sokongan penyokong yang tidak putus asa dan ikatan untuk terus maju.

“Ini betul-betul seperti yang kami jangkakan semasa kami menyertainya – untuk menyumbang dan memperkayakan kehidupan masyarakat melalui acara itu dan membina masa depan yang lebih baik bersama-sama.

“Kami percaya ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 akan menyumbang ke arah membangunkan komuniti yang bertenaga dan mampan di Asia Tenggara dan terus menghidupkan semula semangat tahun ini dengan penjenamaan baharu,” katanya.

Advertisements

Sentimen Seki turut dikongsi oleh Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth. Beliau melihat penjenamaan semula Piala AFF mampu merangsang minat peminat bola sepak kepada kejohanan itu.

“Logo baru itu memberikan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 identiti visual yang berbeza, ada tujuan dan bermakna.

“Antara lain ialah ia mencerminkan semangat dan keghairahan peminat bola sepak ASEAN untuk acara bola sepak terbesar di Asia Tenggara.

Advertisements

“Logo baru ini juga menjelmakan solidariti yang tidak dapat dipecahkan, semangat pantang menyerah kalah, kepelbagaian budaya dan berkongsi minat untuk sukan bola sepak di rantau kita,” ujarnya.

ASEAN Mitsubishi Electric Cup edisi 2024 bakal menampilkan 10 pasukan dan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember ini.

Thailand memegang status sebagai juara bertahan selepas berjaya mempertahankan Piala ASEAN sejak edisi 2020. Undian kejohanan bakal diadakan di Hanoi, Vietnam pada 21 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram