Piala AFF Berwajah Baru, Peluang Malaysia Menyinar
AFC Cup
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia kini mempunyai untuk menyinar dalam saingan Piala AFF edisi seterusnya selepas kecewa tersingkir di separuh akhir Piala AFF 2022.

ASEAN Football mendedahkan kejohanan itu telah dijenamakan semula oleh Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hari ini.

Piala AFF atau nama rasminya Piala Mitsubishi Electric AFF kini dikenali sebagai Piala Mitsubishi Electric ASEAN.

Advertisements

Perubahan sama turut dibuat kepada Kejohanan Wanita AFF. Kejohanan itu kini dikenali sebagai Kejohanan Wanita ASEAN.

Selain perubahan dari segi nama, Kejohanan Wanita ASEAN turut berubah dari segi format pertandingan dengan dua pusingan iaitu pusingan kelayakan dan pusingan akhir kejohanan.

Ramai percaya perubahan ini dibuat memandangkan nama ASEAN lebih dikenali ramai berbanding singkatan nama badan induk bola sepak Asia Tenggara itu.

Advertisements

Selain perubahan nama kepada dua kejohanan itu, AFF turut mengumumkan Kejohanan Kelab ASEAN kembali untuk musim 2024/2025 dengan format gelanggang sendiri dan gelanggang lawan.

Penjenamaan semula nama Piala AFF kepada Piala ASEAN itu diharap dapat mengubah nasib Malaysia dalam kejohanan berkenaan.

Malaysia hanya sekali merasa nikmat bergelar juara Piala AFF pada 2010. Pada ketika itu, skuad kebangsaan menjulang gelaran juara di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram