“Indonesia Lebih Keras, Pemain Malaysia Lembut”
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Pemain Pahang Rangers, Guntur Sulistyo merasakan hanya sedikit faktor yang membezakan antara para pemain lokal Malaysia dan Indonesia.

Guntur yang direkrut oleh Pahang Rangers bagi menghadapi saingan Malaysia Futsal Cup berjaya membantu jaguh Pantai Timur itu yang merupakan juara bertahan meraih tempat ke-3 musim ini.

Ad

Menurut Guntur, di negara kelahiran beliau, aksi futsal dilihat lebih keras apabila pertembungan antara pemain itu menjadi perkara biasa dan sebaliknya berlaku di sini yang agak sedikit lembut.

Ad

”Di Indonesia, hentaman (antara satu sama lain) itu perkara biasa, jadi memang keras tapi (pemain) di sini agak lembut sedikit,” kata Guntur setelah aksi penentuan tempat ke-3 Malaysia Futsal Cup.

Tambah Guntur, hanya itu perbezaan antara pemain kedua-dua negara dan berharap para pemain di Malaysia bersaing bersama pemain-pemain dari Indonesia.

Ad

”Kalau boleh, pemain-pemain di sini (lebih keras) sedikit jadi di situ sahaja perbezaannya,” tambah Guntur yang sebelum ini beraksi bersama Gombak TOT United.

Ad

Guntur dan Pahang Rangers berjaya meraih tempat ketiga setelah menewaskan KL City di Axiata Arena 4-2 hasil dua jaringan daripada tonggak kebangsaan, Harith Naim.

Ad