Indonesia Masters: Pearly Tan-Thinaah Lepasi Ujian Awal Ya Ching-Yu Hsuan
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melangkah ke pusingan kedua Indonesia Masters apabila menewaskan Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan.

Setelah terkandas di separuh akhir India Open 2025, Pearly-Thinaah terbang ke Jakarta dengan misi meneruskan rentak positif dengan Ya Ching-Yu Hsuan menjadi halangan awal.

Ad
Sponsors

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan sulung antara Pearly-Thinaah dan juga Ya Ching-Yu Hsuan yang menghuni ranking ke-144 dunia kini dengan kelebihan memihak beregu negara ini.

Ad

Seperti dijangka, permainan amat jelas dikuasai oleh Pearly-Thinaah dengan pukulan-pukulan smash yang menyilang dan gagal untuk dikembalikan oleh gandingan Chinese Taipei ini.

Deretan kesilapan mudah oleh Ya Ching-Yu Hsuan ini turut menyumbang mata demi mata buat beregu negara ini jauh meninggalkan lawan sebelum akhirnya meraih kemenangan.

Ad

Di set kedua, Ya Ching-Yu Hsuan tampil lebih baik dengan cuba mengimbangi corak permainan Pearly-Thinaah pada awal aksi sebelum pasangan ke-7 dunia ini mendapat rentak.

Ad

Setelah interval, beregu negara ini sempat dipintas oleh Ya Ching-Yu Hsuan pada kedudukan 17-16 sebelum Pearly-Thinaah bangkit menutup aksi dengan kemenangan 21-19.

Ad

Pertarungan di gelanggang 1 berakhir dengan keputusan 21-16, 21-19.

Di pusingan kedua, Pearly-Thinaah dijadualkan bertemu Hu Li Fang-Jheng Yu Chieh pada Khamis ini setelah pasangan Chinese Taipei itu menyingkirkan beregu muda Indonesia.