India Open: Hye-jeong-Hee-yong Tunjuk Pearly Tan-M. Thinaah Jalan Keluar
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah kempunan mengesahkan kemaraan ke final India Open 2025.

Pearly-Thinaah terkandas apabila tewas kepada beregu wanita ke-10 dunia dari Korea Selatan, Kim Hye-jeong dan Kong Hee-yong di peringkat separuh akhir.

Ad

Kedua-dua beregu mengintai slot final selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Pearly-Thinaah menyingkirkan juara Malaysia Open 2025 dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Ad

Hye-jeong dan Hee-yong pula mencipta kejutan dengan menyingkirkan rakan senegara yang juga beregu nombor satu dunia, Baek Ha-na dan Lee So-hee.

Ini kali pertama kedua-dua beregu bertemu. Kelebihan ranking memihak kepada Pearly-Thinaah selaku beregu ketujuh dunia berbanding Hye-jeong-Hee-yong (beregu ke-10 dunia).

Ad

Set pertama menyaksikan beregu Korea Selatan itu mempamerkan permainan mantap di atas gelanggang. Ini membantu Hye-jeong-Hee-yong mendahului pada kedudukan 11-6.

Ad

Meskipun diberi tentangan sengit oleh Pearly-Thinaah, juara Korea Masters 2024 itu meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-18.

Ad

Set kedua menyaksikan pada awalnya, kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Ini menyebabkan mereka terikat pada kedudukan 5-5.

Hye-jeong-Hee Yong mengambil kesempatan daripada kesilapan Pearly-Thinaah untuk mendahului pada kedudukan 11-6. Beregu negara cuba mengejar tetapi Hye-jeong-Hee-yong tetap unggul sebelum menang dengan keputusan 21-18.

Kekalahan ini menyaksikan Pearly-Thinaah terlepas peluang mengikut jejak Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang berjaya mara ke final India Open pada 2019. Mei Kuan-Meng Yean muncul juara dalam edisi sama.

Empat wakil negara masih berpeluang mengintai slot ke final iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.