Ads
Indonesia Pamer Taring Tewaskan Skuad Muda Timor Leste
Asia Tenggara
Timnas Indonesia

Skuad muda Indonesia meneruskan siri kemenangan dalam kempen Kejuaraan Asean B-19 2024 selepas menundukkan Timor Leste.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu menyaksikan skuad bimbingan Indra Sfafri mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir apabila berjaya menewaskan Timor Leste dengan keputusan 6-2.

Advertisements

Aksi di babak pertama menyaksikan Indonesia berjaya mencipta tiga jaringan sementara Timor Leste mendapat satu gol saguhati menerusi sepakan penalti.

Advertisements
Advertisements

Penyerang kacukan Belanda/Indonesia, Jens Raven memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-18 selepas menyempurnakan umpanan daripada Muhammad Kafiatur dengan satu tandukan untuk gol pertama perlawanan.

Timor Leste sempat menyamakan kedudukan selang lima minit selepas jaringan pertama terhasil apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Timor Leste. Sepakan tersebut mudah disempurnakan Rircardo Rorinho.

Advertisements

Keputusan seri itu tak bertahan lama apabila Jens Raven sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring sebelum Figo Dennis menutup aksi di babak pertama dengan jaringan ketiga Indonesia menerusi percubaan daripada luar kotak penalti yang cantik menerjah jaring.

Keputusan di separuh masa pertama menyaksikan Indonesia mendahului aksi dengan keputusan 3-1.

Bersambung aksi di babak kedua, anak buah kendalian Eduardo Pereira kembali dihukum pasukan lawan apabila Timor Leste terus diasak dari segenap sudut.

Kapten pasukan Indonesia Kadek Arel menjaringkan gol keempat pasukan menerusi tandukan selepas meneima hantaran sepakan penjuru yang diambil Muhammad Kafiatur. Selang dua minit selepas jaringan itu terhasil, pemain gantian Arkhan Kaka turut mencatat nama sebagai penjaring.

Pada minit ke-61 permainan, giliran pemain Dewa United Muhammad Kafiatur Rizky meledak. Kafiatur melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti dan rembatan itu gagal diselamatkan penjaga gol Timor Leste, Alexander Oscar.

Sebelum aksi tamat, Timor Leste berjaya menjaringkan satu lagi gol sekaligus menutup cerita di Stadium Bung Tomo dengan keputusan penuh Indonesia catat kemenangan bergaya atasi Timor Leste dengan keputusan 6-2.

Dalam saingan Kumpulan A, skuad kendalian Indra Sjafri ketika ini diangkat sebagai juara selepas merekodkan tiga kemenangan dengan sembilan mata maksimum diraih Skuad Garuda. Timor Leste, Filipina dan Kemboja masing-masing kini sedang bersaing dalam perebutan tempat kedua kerana peluang untuk merebut slot ke pusingan seterusnya masih terbuka.

Advertisements

Selepas kemenangan sebentar tadi dicatat, Indonesia bakal mengiringi dua lagi pasukan dalam kumpulan lain iaitu Malaysia dan Australia yang dijangka melayakkan diri ke pentas separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram