Pakar meminta agar Indonesia memantau kudrat 3 pemain Malaysia B-19.
Aksi getir menanti penyokong rantau ini apabila skuad muda Sang Garuda bakal berdepan anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19.
Indonesia muncul juara Kumpulan A manakala Malaysia B-19 turut cemerlang dalam Kumpulan C dengan 7 mata daripada 3 perlawanan.
Pemerhati bola sepak Indonesia, Mohamad Kusneini berharap agar tiga pemain cemerlang Malaysia B-19 dikawal ketat
“Antara pemain yang perlu diawasi ialah Pavithran, beliau sudah mencetak empat gol dan sangat bagus. Abid Safaraz juga kini sudah merekodkan tiga gol. Itu pemain yang berbahaya.
“Seorang lagi pemain iaitu Izzat Syahir. Tiga pemain ini harus dijaga dengan baik,” ujarnya kepada CNN Indonesia.
Beliau juga menganggap Malaysia B-19 memiliki kekuatan tersendiri dan lebih bahaya di atas padang.
“Menurut saya, Malaysia lebih berbahaya kali ini karena kerjasama pasukan amat bagus. Pemain Malaysia itu beraksi secara kolektif dan memahami pelan perlawanan,” kata Kusnaeni.
Aksi Indonesia B-19 dan Malaysia akan berlangsung pada 27 Julai 2024 jam 8:30 malam di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.