Advertising
Indonesia ‘Terbang’ Ke Turkiye, Asah Taring Hadapi Piala Asia
MakanBola
Timnas Indonesia

Pasukan kebangsaan Indonesia bakal berangkat ke Turki pada bulan ini bagi menghadapi dua aksi persahabatan sebagai persiapan ke Piala Asia 2023.

Anak buah Shin Tae-yong sudah pasti mahu bangkit daripada kedukaan di Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam dua aksi pertama kumpulan.

Sang Garuda tewas 5-1 kepada pasukan ke-63 dunia, Iraq sebelum terikat 1-1 dengan Filipina.

Ad

Indonesia mahu memastikan persiapan ke Piala Asia berjalan lancar apabila mengatur dua aksi persahabatan di Turki.

Ad

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengurus Timnas Indonesia, Sumardji berkenaan keinginan Sang Garuda untuk menguji pasukan ke-120 dunia, Libya dalam dua aksi persahabatan.

Ad
Ad

Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di Turki sebelum berangkat ke Qatar awal bulan hadapan.

Ad

Indonesia berada dalam Kumpulan D di Piala Asia dan berdepan cabaran Jepun, Iraq dan juga Vietnam.

Persiapan ini amat penting buat Shin Tae-yong untuk menilai kelemahan pasukan dan mengatur strategi penting bagi mengekang pasukan lawan di pentas tertinggi Asia bulan hadapan.

Indonesia ketika ini menghuni tangga ke-146 dunia dan ke-5 di Asean setelah ketinggalan kepada Vietnam (94 dunia), Thailand (113 dunia), Malaysia (130 dunia) dan Filipina (140 dunia).