Advertisement
Indonesia ‘Bantu’ Ranking FIFA Iraq Naik Mendadak
Piala Dunia
MakanBola
Timnas Indonesia

Pasukan kebangsaan Iraq memperoleh kenaikan ranking FIFA terbaik pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 ‘dibantu’ oleh kejayaan menewaskan Indonesia tempoh hari.

Skuad kendalian Shin Tae-yong gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila mencatat satu seri dan satu kekalahan dalam dua aksi awal.

Iraq yang menghuni tanggga ke-68 dunia jelas bukan lawan yang setanding apabila tewas dengan keputusan 5-1.

Setelah itu, Vietnam juga menjadi lawan yang hebat buat Iraq namun turut mencatatkan kekalahan 1-0 sekaligus memberikan tambahan +16.3 mata kepada jaguh Asia tersebut.

Iraq juga mencatatkan peningkatan mendadak dalam ranking FIFA apabila naik 5 tangga ke kedudukan 63 dunia berdasarkan kemas kini semasa.

Sang Garuda pula turun satu tangga dengan kehilangan -5.81 mata untuk menghuni kedudukan ke-146 dunia.

Indonesia akan bertemu Iraq pada aksi Piala Asia di Qatar dan berpeluang membalas kedukaan apabila ditewaskan oleh lawan yang sama.