Piala Dunia
Timnas Indonesia
Advertisements

Malam sukar buat pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat apabila gol sendirinya telah menghukum pasukan apabila tewas besar kepada Iraq semalam.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra itu menyaksikan pertahanan kelahiran Sepanyol itu bergandingan bersama Rizky Ramadhani dan Elkan Baggott.

Wakil ASEAN ini bagaimanapun bergelut untuk memberi saingan terbaik kepada lawan yang beraksi di Piala Dunia.

Advertisements

Sang Garuda akhirnya terpaksa menelan kekalahan besar 5-1 bagi aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kesilapan yang dilakukan oleh bekas pertahanan EPL itu merentap semangat perjuangan para pemain Indonesia yang ketinggalan pada babak pertama.

Advertisements

Usaha Jordi untuk mengeluarkan bola dari permainan jelas memakan diri apabila beliau telah melakukan satu tandukan sempurna sehingga tertampan ke dalam gawang sendiri.

Skuad kendalian Shin Tae-yong bolos tiga lagi gol pada babak kedua untuk menjadikan keputusan akhir 5-1.

Kekalahan itu menyaksikan Indonesia kehilangan 6.37 mata namun kekal di tangga ke-145 dunia.

Pautan penuh: Gol Sendiri Jordi Amat

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram