Perlian Penyokong India Terhadap Malaysia Memakan Diri Sendiri
Hiburan
Azri/MakanBola
Advertisements

Sebahagian penyokong India yang dilihat terlalu ghairah untuk menghukum Malaysia tatkala ketinggalan berdepan Kyrgyzstan akhirnya membawa padah.

Harimau Malaya turun di laman sendiri untuk melayan pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan harapan memungut tambahan +15.49 mata untuk melonjak 7 anak tangga.

Permulaan aksi pasukan negara bagaimanapun kurang cemerlang apabila ketinggalan 1-2 pada babak pertama selepas bolos dua gol dalam tempoh singkat.

Advertisements

Netizen India dilihat masih berduka susulan dibelasah oleh Malaysia tempoh hari telah meninggalkan komen di laman sosial yang seakan memberi kata sinis buat pasukan negara.

“Malaysia sudah tidak mampu membayar pengadil pada pusingan Kelayakan Piala Dunia,” ujar Abdul Rahman.

Sangkaan beliau ternyata meleset apabila Malaysia mempamerkan karakter juara untuk bangkit pada babak kedua.

Advertisements

Tiga jaringan dalam tempoh 15 minit terakhir telah mengubah cerita di Bukit Jalil untuk merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan.

Kemenangan ini menyaksikan Harimau Malaya berjaya naik ke tangga 130 dunia ketika ini.

Kejayaan ini disifatkan amat manis oleh Pan-gon yang juga berpuas hati dengan karakter yang dipamekan oleh anak buahnya di atas padang.

Advertisements

“Saya sangat berbangga dengan aksi pasukan pada malam ini dan para pemain menunjukkan bahawa inilah tahap pemain Malaysia yang sebenar,” jelasnya pada sesi sidang media aksi Malaysia dan Kyrgyzstan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram