Kelayakan Piala Dunia: Dion Cools Ketuai Kebangkitan Luar Biasa Malaysia, Benam Kyrgyzstan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Perlawanan kelayakan Piala Dunia malam ini menyaksikan pertembungan aksi pertama kumpulan D di antara Malaysia dan Kyrgyzstan yang berkesudahan dengan keputusan 4-3.

Seawal minit ke-7 permainan, pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools membuka akaun jaringan menerusi tandukan deras ke gawang gol melalui sepakan sudut yang diambil oleh Arif Aiman.

Pada minit ke-42 permainan, pemain pertahanan Kyrgyzstan, Kayrat Zhyrgalbek tidak mensia-siakan peluang dihadapan gol apabila terus melakukan rembatan deras menewaskan Syihan Hazmi. 

Advertisements

Skuad kendalian jurulatih kelahiran Slovakia ini terus menghukum Malaysia apabila penyerang Kyrgyzstan, Batyrkanov Ernist menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-44 permainan.

Pasukan Kyrgyzstan terus menggandakan jaringan ketiga menerusi pemain gantian, Merk Kai pada minit ke-57 permainan.

Advertisements

Tiga pertukaran dibuat oleh Kim Pan-gon dengan memasukkan Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Endrick Dos Santos akhirnya membuahkan hasil. Malaysia berjaya merapatkan kedudukan memperoleh jaringan kedua selepas jaringan sendiri pemain Kyrgyzstan.

Pada minit ke-77 permainan, Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Dion Cools dengan tandukan menewaskan penjaga gol Kyrgyzstan yang baharu sahaja masuk, Kadyrbekov Kutman.

Advertisements

Gol kemenangan dijaringkan oleh Faisal Halim pada minit ke-93 permainan.

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Malaysia berjaya mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram