Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi perghormatan kepada Indonesia susulan peningkatan ranking FIFA terbaru.
Skuas kendalian Shin Tae-yong berjaya menumpaskan pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam sebanyak dua kali bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kemenangan itu menyaksikan Sang Garuda melonjak tinggi ke tangga 134 dunia, naik 8 tangga berbanding kedudukan terdahulu iaitu 142 dunia.
Indonesia juga menjadi antara pasukan paling cemerlang selepas memperoleh tambahan +30.04 mata FIFA.
Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Indonesia menjadi pasukan ke-3 di Asia Tenggar dan mengambil kedudukan Malaysia.
Satu hantaran yang dilakukan oleh laman FIFA menyatakan bahawa Indonesia sedang melakukan tugas yang hebat apabila melonjak 8 anak tangga ketika pasukan lain hanya naik 1-2 tangga sahaja.
“Indonesia telah melonjak dengan begitu memberangsangkan sebanyak 8 tangga,” ujar FIFA di laman X.
Indonesia bakal meneruskan perjuangan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Iraq pada 6 Jun 2024.