Advertising
Rekod Kebal 20 Tahun Vietnam Lebur Di Tangan Indonesia
MakanBola
VFF

Rekod kebal tanpa kalah Vietnam di laman sendiri akhirnya lebur selepas ditewaskan Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Indonesia berjaya menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-0 menerusi jaringan Jay Idzes, Ratnar Oratmangoen dan Ramadhan Sananta. Kemenangan yang dicatat skuad kendalian Shin Tae-yong ini sekaligus mencalarkan rekod kebal yang dipegang Vietnam sebelum ini.

Susulan daripada kekalahan Vietnam itu, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) turut mengambil keputusan untuk memecat jurulatih terkini, Philippe Troussier. Sejak jawatan ketua jurulatih Vietnam ditinggalkan Park Hang-Seo, Philippe Troussier diberi tanggungjawab menggalas jawatan tersebut.

Ad

Jurulatih asal Perancis itu bagaimanapun mencatat keputusan yang kurang memberangsangkan sepanjang menjadi jurulatih The Golden Star. Vietnam dibawah Philippe Troussier hanya mencatat 4 kemenangan daripada 14 perlawanan, tiada keputusan seri diraih dan pasukan terpaksa akur dengan 10 kekalahan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Timnas Indonesia (@timnas.indonesia)

Untuk rekod, pasukan kebangsaan Indonesia tidak pernah mencatat sebarang kemenangan ketika beraksi di laman Vietnam sejak 20 tahun yang lalu.

Ad
Ad

Kali terakhir Indonesia menang keatas Vietnam di Stadium My Dinh adalah pada tahun 2004 pada kejohanan Piala Harimau. Ketika itu Indonesia menang 3-0 menerusi jaringan Boaz Solossa, M. Ilham dan Mauly Lessy.

Ad

Kemenangan yang diraih anak buah Shin Tae-yong ini sekaligus memadam rekod bersih yang dipegang Vietnam. Kini Indonesia berada di kedudukan kedua dalam saingan Kumpulan F, kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Irak mengungguli carta dengan 12 mata, Indonesia 7 mata, Vietnam di kedudukan ketiga dengan tiga mata dan Filipina hanya berjaya meraih satu mata.