Advertising
Indonesia Tersingkir, Shin Tae-yong Buat Andaian
MakanBola
PSSI

Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong telah membuat andaian selepas menyaksikan pasukan kendaliannya itu tunduk 0-1 kepada Filipina di gelanggang sendiri dalam saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menyatakan dalam sidang media bahawa keputusan pasti berbeza jika beliau membawa skuad utama ke kejohanan terbesar di Asia Tenggara itu.

Ad

“Anda mungkin akan katakan ianya gagal untuk tidak ke semi final, tapi saya berpendapat berbeza. Dalam kejohanan ini, kita menurunkan pemain-pemain muda. Kalau saya turunkan skuad senior, saya yakin kita mampu jadi juara.

Ad

“Sudah pasti kita sudah mengesan banyak kelemahan kerana kita bermain menentang pemain-pemain senior. Pasti kita tewas dari segi fizikal dan lain-lain,” jelas Shin Tae-yong kepada CNN Indonesia.

Tae-yong dalam masa yang sama tetap positif dengan pemain-pemain yang dibawa kali ini. Ini kerana, pemain-pemain Indonesia masih muda dan dapat meraih banyak pengalaman dengan beraksi di kejohanan ini.

Ad

“Kejohanan ini memberikan pemain-pemain muda kita pengalaman yang banyak dan berpeluang untuk beraksi. Para pemain ini jugalah yang akan beraksi di Sukan SEA dan Piala Asia U-23,” ujar Tae-yong lagi.

Ad

Indonesia yang berdepan Filipina untuk menentukan tempat ke separuh akhir terpaksa akur dengan jaringan tunggal penalti Filipina yang disempurnakan oleh Bjorn Martin Kristensen pada minit ke-63.

Ad