Indonesia Terus Derita, Kecewa Di Tangan Korea Utara 9-0
UltraSukan
AFC Asian Cup
Sponsors

Pasukan wanita kebangsaan Indonesia B-17 terus dikecewakan oleh lawan apabila tunduk kepada Korea Utara dengan keputusan 9-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kaptan l Wayan Dipta itu menyaksikan Korea Utara merupakan pasukan pilihan untuk menundukkan Sang Garuda dalam aksi Piala Asia B-17.

Ad

Korea Utara tidak menunggu lama untuk meraih jaringan pertama apabila percubaan penyerang pasukan, Choe IL-son berjaya menerjah jaring seawal minit pertama.

Korea Utara meraih jaringan kedua selang 9 minit menerusi pemain sama sebelum Kang Ryu-mi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-11.

Ad

Ro Un-Hyang memberikan kedudukan selesa apabila berjaya menewaskan Gadhiza Asnanza untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Ad

Korea Utara menambah 4 lagi jaringan menerusi Choe IL-son, Ro Un Jyang dan juga Kang Ryu-mi.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 8-0.

Indonesia sedaya upaya mengekang gawang daripada dibolosi namun dibolosi pada minit ke-47 sekali lagi.

Korea Utara mengendurkan sedikit asakan yang dilakukan pada babak kedua untuk mengekalkan kedudukan semasa.

Tambahan masa 8 minit tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.

Sebelum ini, Indonesia telah tewas 12-0 di tangan Korea Selatan dan kini menghuni tangga tercorot kumpulan A tanpa sebarang mata.