Indonesia & Thailand Alami Nasib Serupa Ke Piala Asia
Asia
Timnas Indonesia/Changsuek
Advertisements

Indonesia dan Thailand menghadapi ujian yang cukup hebat sebelum melangkah ke pentas Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sang Garuda berada dalam momentum yang kurang baik sementara Thailand kini masih dalam fasa penyesuaian dengan falsafah yang diterapkan oleh ketua jurulatih baharu, Masatada Ishii.

Indonesia kini menghuni tangga ke-146 dunia menerima tamparan hebat apabila tewas 4-0 di tangan Libya tempoh hari.

Advertisements

Jentera serangan pasukan juga bergelut untuk meledak apabila hanya menjaringkan dua gol daripada 3 perlawanan.

Kekalahan kali kedua kepada Libya bagi aksi hari ini akan menyebabkan ranking Indonesia merudum dengan penolakan lebih -2.07 mata FIFA.

Advertisements

Thailand juga menghadapi nasib yang sama apabila kalah besar kepada pasukan ke-17 dunia, Jepun dengan keputusan 5-0.

Skuad Gajah Perang juga menerima tamparan hebat selepas beberapa tonggak penting pasukan seperti Teerasil Dangda dan Chanatip Songkrasin tidak dapat dibawa ke Qatar atas faktor kecederaan.

Advertisements

Thailand hanya merekodkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir sebelum menghadapi Kyrgyzstan dalam aksi pembukaan Piala Asia pada 16 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram