Indonesia Tidak Berniat Seri & Kalah
MakanBola
PSSI
Sponsors

Indonesia akan meneruskan usaha menggapai impian layak ke Piala Dunia 2026 apabila dijadualkan bertemu Bahrain malam ini (25 Mac).

Pemain berbakat besar Indonesia, Marselino Ferdinan menegaskan bahawa pemain-pemain Indonesia turun ke padang hanya untuk kemenangan dan bukannya untuk seri apatah lagi kekalahan.

Ad

“Sebagai pemain tentunya saya optimis. Kita hadapi satu demi satu, kita bermati-matian setiap perlawanan yang diharungi. Kita tidak ada tujuan untuk seri, tidak ada tujuan untuk kalah juga,” jelas Marselino seperti dilaporkan Detik Sport.

Ad

Marselino merupakan pemain utama Indonesia dalam perlawanan sulung di bawah kendalian jurulatih kelahiran Belanda, Patrick Kluivert dengan menentang Australia. Namun segalanya tidak berakhir dengan positif apabila Indonesia tewas besar 1-5.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan namun beberapa kesilapan di bahagian pertahanan Indonesia berjaya dimanfaatkan barisan serangan Australia yang dilihat lebih garang.

Ad

Indonesia kini menduduki tangga ke-4 Kumpulan C Kelayakan Asia Piala Dunia 2026 dengan mengumpul 6 mata selepas 7 perlawanan. Berbaki tiga perlawanan, Indonesia perlu bekerja keras memenangi baki aksi untuk mencerahkan peluang layak ke Piala Dunia.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments