Advertisements
“Ini Bukan Cerita Saya Hentikan Son Heung-min” – Dion Cools
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal berdepan ujian getir pada aksi penutup Kumpulan E Piala Asia 2023 apabila dijadualkan bertemu Korea Selatan pada malam ini.

Di atas kertas, sudah pasti kelebihan menjadi Korea Selatan yang berada di ranking ke-23 dunia berbanding Malaysia yang berada di ranking ke-130 dunia.

Pertahanan Malaysia, Dion Cools berpendapat para pemain Malaysia tidak perlu takut dengan reputasi yang dimiliki Korea Selatan.

Bagi Dion, kedua-dua pasukan tetap menurunkan jumlah pemain yang sama di atas padang iaitu 11 pemain. Tonggak Buriram United itu berharap semua pemain dapat beraksi secara berpasukan dalam perlawanan malam ini.

“Kita tidak perlu takut (kepada Korea Selatan). Kedua-dua pasukan menurunkan 11 pemain. Ianya bukan cerita mengenai saya yang hentikan Son (Heung-min). Ini adalah cerita sepasukan untuk menghentikan mereka,” jelas Dion Cools ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Dion Cools merupakan salah seorang tonggak utama Malaysia yang menampilkan persembahan terbaik pada aksi kedua kumpulan menentang Bahrain.

Gandingan Dion Cools, Dominic Tan dan Shahrul Saad membentuk gandingan mantap dalam mengekang asakan bertali arus pasukan Bahrain sebelum dibolosi pada minit-minit akhir permainan melalui Ali Madan.