Advertising
Ini Satu-Satunya Cara Malaysia Boleh Ke Separuh Akhir
MakanBola
FA Singapore

Malaysia hanya memiliki satu cara untuk melangkah ke pentas separuh akhir ASEAN Championship.

Skuad kendalian Pau Marti merekodkan satu kemenangan, satu kekalahan dan satu seri di tangan Thailand untuk menghuni kedudukan keempat kumpulan.

Ad

Peluang terakhir untuk layak ke pentas separuh akhir masih dimiliki Malaysia tatkala Thailand berjaya melakar kebangkitan untuk menundukkan Singapura dengan keputusan 4-2.

Ad

Harimau Malaya bakal melayan kunjungan The Lions pada aksi terakhir kumpulan dalam misi melakar kemenangan menerusi jaringan besar untuk melayakkan diri.

Situasi ini bagaimanapun dipengaruhi oleh keputusan pertembungan antara Thailand dan Kemboja dengan harapan Changsuek berjaya mengekalkan momentum kemenangan.

Ad

Jumlah jaringan dan bolos selain rekod head-to-head juga diambil kira bagi menentukan pasukan yang layak ke pentas separuh akhir.

Ad

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Singapura dan Kemboja seri atau tewas bertemu Thailand, Malaysia mara ke separuh akhir.

Ad

Namun begitu, jika Harimau Malaya kalah bertemu Singapura, Kemboja kalah atau seri bertemu Thailand, maka kedua-dua pasukan gagal mara ke separuh akhir.

Malaysia vs Singapura akan berlangsung pada 18 Disember jam 9 malam di Bukit Jalil manakala aksi Thailand vs Kemboja pada hari yang sama di Bangkok.