Ads
Asia
Selangor FC

Pasukan Liga Super, Selangor FC berjaya melengkapkan syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadi wakil kedua Malaysia ke Asia.

Advertisements

Musim 2024/25 menyaksikan Malaysia hanya diberikan dua kuota automatik iaitu beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Juga Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Juara bertahan Liga Super, JDT sudah mengesahkan slot ke ACLE selepas muncul juara liga bagi musim ke-10 berturut-turut.

Advertisements

Advertisements

Teka-teki mengenai wakil Malaysia ke ACL 2 akhirnya terjawab apabila The Red Giants mengesahkan tempat ke-2 di Liga Super.

Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL telah membuat keputusan berdasarkan perubahan baharu yang dilakukan oleh AFC mengenai format pertandingan kelab AFC bagi musim 2024/2025.

Advertisements

“Berdasarkan keputusan BOD itu, juara Liga Super 2023 akan layak beraksi di pertandingan kelab AFC Tier 1 manakala juara Piala FA akan mendapat slot ke pertandingan kelab AFC Tier 2.”

“Sekiranya juara Liga Super dan juara Piala FA bagi musim 2023 adalah kelab yang sama, maka juara Liga Super akan beraksi dalam pertandingan kelab AFC Tier 1 dan naib juara Liga Super pula akan layak bertanding dalam saingan kelab AFC Tier 2.”

Menurut MFL, sekiranya kelab-kelab yang layak ke pertandingan tersebut gagal menepati syarat-syarat Perlesenan Kelab AFC, maka penggantian kelab yang akan layak ke pertandingan tersebut di atas adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan MFL.

“Jika kelab-kelab yang layak ke pertandingan tersebut gagal menepati syarat-syarat Perlesenan Kelab AFC, maka penggantian kelab yang akan layak ke pertandingan tersebut di atas adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan MFL,” jelas MFL.

Advertisements

JDT telah pun dinobatkan selaku juara Liga Super 2023 dengan anak didik Tan Cheng Hoe muncul naib juara setelah menumpaskan Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram