Ini Susur Galur Pemain Warisan Baharu Malaysia, Rodrigo Holgado
MakanBola
America de Cali

Latar belakang mengenai pemain warisan baharu Harimau Malaya, Rodrigo Holgado telah terbongkar.

Baru-baru ini, laporan daripada wartawan Colombia, Pipe Sisse mengesahkan bahawa penyerang CD America iaitu Rodrigo Holgado bakal memperkuat skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pasukan kebangsaan Malaysia menyenaraikan nama Rodrigo Holgado dalam skuadnya. 

“Butiran mengenai pasportnya masih belum selesai, tetapi mereka sedang mengusahakan perkara itu di Asia.

Latar belakang mengenai susur galurnya telah dikongsikan oleh seorang lagi wartawan terkenal di Argentina, Cesar Luis Merlo berhubung pertalian darah pemain berusia 29 tahun itu dengan Malaysia.

Beliau didakwa boleh mewakili Malaysia menerusi pertalian darah dengan nenek belah ibunya yang merupakan warganegara Malaysia.

“Penyerang Argentina, Rodrigo Homgado dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia.

“Beliau mempunyai susur galur di negara itu  (Malaysia) menerusi neneknya dan itu membolehkan beliau dipanggil untuk perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun,” ujar beliau di laman X.

Malaysia bakal melayan kunjungan jaguh Asia Tenggara, Vietnam bagi aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun ini.