Inisiatif Terpuji Kalamullah Al-Hafiz
MakanBola
Malaysia NT

Penjaga gawang Selangor FC dan Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz mengambil inisiatif terpuji bagi meningkatkan prestasi beliau sebagai penjaga gol yang berkualiti.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular yang menampakkan kesungguhan Kalamullah berlatih sehingga larut malam di luar jadual latihan bersama Selangor.

Ad

Video yang dimuatnaik oleh Armygoalkeeper Trainer itu telah tular di Facebook dan sehingga kini sudah mencapai lebih 48 ribu tontonan selain lebih 1500 tanda suka.

Ad

Hasil tinjauan MakanBola di ruangan komen, rata-rata yang menonton video tersebut terkesima dengan inisiatif Kalamullah berlatih dengan jurulatih luar bagi menambah ilmu dan memajukan diri.

“Rajin Kalamullah mai tuisyen ngan Coach Mio. Bukan coach Selangor tak bagus tapi dia (Kalamullah) sendiri nak majukan lagi diri dia,” komen Bang Chaq.

Ad

“Terbaik Coach Mio. Terbaik Kalamullah. Biar penat. Biar nafas semput sewaktu berlatih. Hasil latihan sebegini akan terbukti di padang nanti. Syabas,” komen pemilik akaun Facebook, La Gran Hapiztol.

Ad

Dengan apa yang diusahakan oleh Kalamullah ini, tidak mustahil prestasi beliau sebagai penajaga gol akan meningkat sekali gus dapat merebut tempat di dalam skuad kebangsaan kelak.

Ad

Untuk rekod, Kalamullah baru sahaja menyertai Selangor pada pertengahan musim ini. Biarpun bermula di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan awal, kini nama Kalamullah sudah berada sebagai pilihan utama di Selangor yang kini di bawah kendalian jurulatih, Katsuhito Kinoshi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments