Insiden Kad Merah Vietnam Matangkan Azam Azmi
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Bek kanan muda Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui insiden kad merah yang diterimanya semasa mewakili skuad Malaysia pada penghujung tahun lepas banyak mematangkan permainannya.

Insiden kad merah yang dimaksudkan ialah kad merah semasa aksi Piala AFF 2022 menentang Vietnam pada 28 Disember tahun lalu. Azam dibuang padang oleh pengadil selepas didakwa mengasari Doan Van Hau.

Itu bukan saja kad merah pertama yang diterima beliau dalam kariernya. Malah, Azam juga digantung dua perlawanan dan hanya dapat beraksi di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022.

Advertisements

Begitupun, pengalaman tersebut dilihat amat mematangkan Azam sekaligus membantunya menjadi pemain pertahanan lebih baik bukan saja untuk Terengganu tetapi juga untuk Harimau Malaya.

“(Detik) yang paling Azam kecewalah sebab pada tahun lepas, Azam kan first time (kali pertama) ke senior team (skuad senior). And then (Dan kemudian) Azam terkena kad merah masa tu. Disebabkan itu, kita jadi nombor dua so (jadi) kitorang bertemu dengan Thailand (di separuh akhir).

Advertisements

So (Jadi), bagi Azam, itu kenangan paling pahitlah untuk Azam sebab Azam sebelum ini tak pernah terima kad merah. Lepas kena kad merah itu, semua fans (penyokong) kata benda tu tak betul. Tapi bagi Azam, itu moment (detik) yang Azam patut belajar,” katanya.

Musim ini, Azam merekodkan 18 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Liga Super. Beliau juga terus diberi kepercayaan beraksi dalam pasukan kebangsaan baik skuad senior mahupun skuad B-23.

Advertisements

Dengan namanya tidak disenaraikan dalam senarai 26 pemain yang menyertai kem Harimau Malaya pada September ini, Azam dijangka mengetuai kempen Harimau Muda untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-23 dalam bulan yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram